Selasa, 18 Februari 2014

Bubun Kumpul2 Part. 2

 
 
Kembali, dia bersua.. Walopun katanya personelnya kurang, entah yang kurang itu penabuh gendang ketipung, pemain mandolin, atau ternyata penari latar, nikmati saja pertemuan kalian :-D
 
 


Noh, yg baju krem datangnya paling telat :-P
 
 
 
 
 Calon Ibu yang amat sadar kamera (-_-)"
 
 
 
 
 
Yang kiri, maaf ngeblur yeee...
 
 
 
 
 
Giliran kanan yang agak gak fokus.hehehe...
 
 
 
 
 
Here we are ....
 
 
 
 
 
Hasil kloningan semua :-)
 




Rabu, 12 Februari 2014

Menuju Baitullah Itu Berat, Teman





Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas melintasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic lewat telepon

Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari melintasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa tas punggung seberat 20 kilogram.

Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh tiket masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.

"Saya melintasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam waktu 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.

"Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan tas punggung saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya," ujar Senad.

"Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapak dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.

Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq.

Semasa perjalanannya, Senad berhadapan dengan suhu dingin antara -35° derajat Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° derajat Celsius di Jordan.

Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan izin untuk melintasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. - AFP
 





 

 
 


 












 
Ya Allah, mudahkanlah jalan untukku kelak saat hati ini sudah bulat tekad, badan ini mampu, dan semua kewajiban terpenuhi untuk bisa menuju Baitullah. Amiiin